Form

Rekod untuk promosi
Sila lengkapkan di bawah dan kami akan khabarkan anda untuk produk terkini dan promosi.

Powered byEMF Contact Form
Report Abuse

Isnin, 20 Februari 2012

Diabetes... PEMBUNUH !!

**Promosi terkini, sila KLIK SINI**





Salam sahabat,

Hari ni rasa nak berkongsi tentang fakta 'Diabetes' atau kencing manis. Ngeri kan gambar-gambar kat atas tu? Rata-rata rakyat Malaysia ni ada potensi menghidap penyakit merbahaya ni. Maklumla, penyakit keturunun.. Bila atuk ada Diabetes, cucu pun ada kemungkinan boleh dapat kerana dibawa oleh bapanya.. Tapi kebanyakan kita beranggapan, 'Ala, dah tua nanti baru kena.. Orang tua memang banyak penyakit..' Betul ke anggapan kita tu??

Dekat iklan TV skarang ni pun dah mula banyak promosi susu bayi kurang gula. Baru lah sekarang diorang nak kurangkan gula. Kesian bayi-bayi yang tak tau apa-apa. Ibubapa pula, ingat yang disuap pada anak khasiat jadi darah daging. Mana tau, susu yang mengandungi kadar gula tinggi boleh jadi racun kerana penyebab kepada pelbagai masalah dan penyakit kepada anak seperti Diabetes, Obesiti malah Karies gigi. Siapa sangka, di usia muda sudah mula menghidap penyakit menakutkan ini. Padahal, hanya minum susu.. :(  Malah, Diabetes dikalangan kanak-kanak dan remaja atau Diabetes kategori 1 ini, dikategorikan sebagai lebih merbahaya dan susah dirawat. Sungguh, memang susu ibulah yang terbaik..

kanak2 yg hidup dengan insulin akibat Dibetes/kencing manis.


Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki. Takut kan? Jadi macamana nak tau tanda-tanda penyakit ni? Jom, baca fakta..

Apakah dia Kencing Manis (Diabetes)?
Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilannya keberkesanan hormone insulin.

Definisi Insulin: Insulin ialah sejenis hormone yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga yang utama.

Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga. Perhatikan gambarajah di bawah ini:


Faktor penyebab kencing manis – Insulin tidak berfungsi atau tidak berkesan
Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan.
Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.

Jenis-Jenis Diabetes

Apakah jenis diabetes? 3 jenis utama diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut:

- Kencing manis jenis 1:
Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.

- Kencing manis jenis 2:
Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.

Diabetes jenis 1 dan 2 dapat dibezakan seperti berikut:


Diabetes Jenis 1
Diabetes Jenis 2
Jarang berlaku tetapi jika berlaku, keadaanya adalah lebih teruk.Biasa berlaku.
Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda, antara umur 10 – 16 tahunTejadi dikalangan mereka yang lebih dewasa, berumur sekita 35 tahun ke atas
Terjadi begitu cepat. Terjadi apabila insulin yang dikeluarkan dari pancreas dimusnahkanTerjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukosa di dalam darah meningkat
Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manisMempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis
Tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesityKejadian kegemukan sangat tinggi
Pesakit akan mengalami tanda-tanda awal kencing manis dari gejala amaran yang seriusMerupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan suntikan insulinKebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan) dan ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu)

Tanda-tanda penyakit kencing manis
Setiap pesakit kencing manis akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang berlainan. Antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami adalah:
* Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Penurunan berat badan secara mengejut
* Kabur penglihatan
* Otot lemah
* Gatal-gatal di tempat kemaluan
* Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas
* Pening-pening
* Bertambah selera makan
* Lidah kering
* Nafas berbau manis

Namun begitu, terdapat juga pesakit kencing manis yang tidak mempunyai tanda-tanda sakit kencing manis. Dengan erti kata lain, anda boleh menghidapi penyakit diabetes tanpa apa-apa tanda atau gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Dinasihatkan supaya anda menjalankan ujian di klinik kesihatan berhampiran.

Apakah risiko atau faktor kencing manis?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidap penyakit kencing manis. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini jika mempunyai perkara berikut:
1. Tidak aktif secara fizikal.
Mereka yang tidak atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes atau kencing manis.
2. Sejarah keluarga
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap kencing manis, kebarangkalian anak-anak mereka mewarisi penyakit kencing manis adalah tinggi.
3. Berat badan yang berlebihan.
Obesiti atau berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai BMI > 30 adalah dikategorikan sebagai orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit kencing manis.
4. Faktor pemakanan
Mereka yang mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis.
5. Umur
Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.
6. Sejarah kencing manis sewaktu hamil
Mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang terakhir. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih), kebarangkalian untuk menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.

Rawatan penyakit kencing manis
Langkah pertama di dalam merawat kencing manis adalah dengan mengawal paras glukosa di dalam darah. Ianya boleh dilakukan dengan cara pengubahsuaian diet pemakanan dan senaman sederhana secara berterusan. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, maka pengambilan ubatan dan terapi insulin adalah diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.

1. Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.

Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:
- Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
- Mengawal paras gula dalam darah.
- Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
- Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.

Tips dan panduan bagi merancang pemakanan harian:

- Waktu makan yang teratur: Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan snek.
- Pilih jenis makanan yang sesuai: Makanan yang dielakka, makanan yang bebas, dan makanan yang perlu dikawal (akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah).
- Kurangkan lemak, garam serta makanan yang tinggi kolestrol.
Makanan Bebas
Makanan bebas adalah makanan yang tidak mengandungi gula ringkas dan tidak mempengaruhi aras glukos darah. Sebagai contoh, air tanpa gula dan sup cair. Semua jenis sayuran dan ulaman. Sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi dan berupaya untuk memperlahankan kadar penyerapan glukos ke dalam darah.
Makanan yang perlu dielakkan
Makanan yang disenaraikan di bawah perlu dielakkan kerana ianya mengandungi gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat. Antaranya adalah seperti:
- Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
- Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
- Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
- Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.

2. Senaman secara sederhana setiap hari

Senaman yang sederhana secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.
Selain daripada itu, program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

3. Ubatan dan Insulin

Ubatan diperlukan bagi menggalakkan pengeluaran insulin dari “beta-cells” pankreas. Bagi pesakit yang dinasihatkan oleh doktor bagi mengambil insulin secara suntikan, insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu.
Anda perlu mendapatkan doktor atau jururawat yang terlatih bagi mengajar teknik suntikan insulin. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.
Jarum suntikan boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit.

4. Penggunaan Produk V-ken
Tahukah anda salah satu fungsi utama stokin V-ken dan produk-produk V-ken yang lain seperti boxer, knee pad, wristlet dan Reborn Cream adalah untuk melancarkan peredaran darah, membantu proses detoks atau perkumuhan serta membekalkan tenaga? Hanya jadikan pemakaian stokin V-ken satu amalan mudah baik ketika bekerja, bersukan atau pun ketika tidur, Insya Allah, anda mampu mencegah serta merawat penyakit yang sangat merbahaya ini. Bagi pesakit diabetes yang sudah sampai ke peringkat kritikal, pengambilan Reborn Cream bersama pemakaian stokin V-ken adalah disarankan untuk rawatan yang lebih berkesan. Pengambilan air suam atau air putih yang banyak adalah di WAJIB kan untuk 'flush out' atau menyingkirkan toksid-tosid serta sisa makanan yang tertinggal di dalam darah yang akan keluar bersama dengan air kencing, najis atau peluh.

Ramai pesakit yang sering mengeluh sebelum ini kerana terpaksa makan ubat yang pahit untuk MENAHAN penyakit kronik ini. Ya, ubat yang diambil hanyalah sebagai penahan sakit dan untuk mengelak ia dari menjadi parah dan bukan menyembuhkan. Pernahkah anda dengar atau jumpa sesiapa yang sembuh dari diabetes setelah makan ubat yang diberi doktor? Namun, kini mereka ada pilihan. Dengan mengamalkan produk-produk V-ken, mereka mungkin boleh mengurangkan jumlah pengambilan ubat yang pahit atau kurangkan cucukan insulin yang renyah dan menyakitkan yang perlu di ambil dengan bantuan produk-produk V-ken.

Ada pelanggan-pelanggan kami yang berasa sangat bersyukur kerana ditemukan dengan produk kesihatan V-ken yang berteknologi tinggi ini. Kebanyakan pesakit-pesakit Diabetes yang mengamalkan pemakaian produk-produk V-ken, telah mula mengurangkan pengambilan ubat kerana bacaan Diebetes mereka semakin menurun dan stabil. Apapun, nasihat doktor adalah penting untuk diberi perhatian. Jika pesakit yang memakai stokin kesihatan V-ken ini dapat mengikut arahan penggunaan dan penjagaan dengan betul, Insya Allah, kesan positif akan mula dikesan seawal 2 ke 3 bulan pertama penggunaan. Cukup mudah ! Hanya sarungkan dan minum air putih/suam sekurang-kurangnya 3 atau 4 Liter sehari. Fungsi produk yang berkekalan dari 3 ke 7 tahun juga adalah berpatutan dengan harganya dan merupakan pelaburan kesihatan yang berbaloi-baloi.

Oleh itu, buatlah pilihan anda. Mungkin anda masih muda dan RASA masih sihat, tetapi bukankah mencegah lebih baik, lebih senang dan lebih MURAH dari merawat? Jika anda sudah mula mendapatkan rawatan, yang mana pilihan anda? Ubat yang pahit atau cucukan insulin yang menyakitkan atau HANYA SARUNGKAN STOKIN V-KEN dan diikuti pengambilan air suam ??

Fikir-fikirkan dan semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini. Hubungi kami, call / SMS ke 017-3738343 (Syda) segera jika berminat mendapatkan produk ajaib ini.

LIKE dan chat dengan kami di Facebook, sekarang !


Salam dan terima kasih... :)