Form

Rekod untuk promosi
Sila lengkapkan di bawah dan kami akan khabarkan anda untuk produk terkini dan promosi.

Powered byEMF Contact Form
Report Abuse

Peluang Jana Pendapatan Sampingan

Pengumuman:
Mulai 01/01/2014, harga keahlian utk 1 set=4 psg stokin v-ken ialah RM 665 TIDAK termasuk penghantaran. Harap maklum.

Salam Sejahtera,

Tahun baru menjelma lagi. Di mana anda di tahun baru ini? Sudah tertunaikah azam tahun lalu anda?? Mungkin anda kini punya azam baru yang lebih menarik untuk dikejar dan ditunaikan. Semoga tahun baru ini membawa seribu perubahan indah dalam hidup anda dan keluarga.

Namun, sedarkah anda keadaan ekonomi yang semakin mencengkam kadangkala memberi tekanan dalam kehidupan seharian kita. Bagi mereka yang kerja makan gaji, mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan tapi banyak mana? Hanya cukup-cukup untuk menampung kenaikan harga barang yang kian meningkat saban tahun. Jadi, di mana kemampuan anda untuk melancong, memiliki rumah sendiri, memiliki kereta idaman??? Belum lagi dikira simpanan untuk pembelajaran masa hadapan anak-anak yang meningkat dan mencecah puluhan ribu ringgit! Bagaimana jika ada kecemasan yang memerlukan perbelanjaan besar? Ingin bergantung dengan kad kredit, pinjaman bank atau Ah Long??

AWAS!! Anda dan keluarga mungkin terjebak ke masalah yang lebih besar !!

Mahukah anda menyambar peluang untuk menjana pendapatan sampingan berlipat ganda sekaligus memberi anda peluang menjadi JUTAWAN ?? Mungkin selepas ini anda akan menghantar surat perletakan jawatan dan mengucapkan bye2 kepada bos anda dan andalah bos kepada diri anda sendiri.Bukan sahaja anda mempunyai wang lebih tetapi masa untuk bersama keluarga tercinta.

Berita baik untuk anda yang sedang tercari-cari rezeki lebih dan halal di tahun baru ini. Dengan menjadi ahli kepada syarikat MXB Holdings S/B, anda akan dibekalkan dengan pelan perniagaan yang cukup mudah tetapi lumayan. Jika anda rajin berusaha, siapa tahu anda mungkin bergelar jutawan MXB yang baru (Untuk latar belakang syarikat, sila klik sini  ).


Di dalam Islam, berniaga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.

PENGENALAN

Ya, benar ini adalah sistem MLM (Multi Level Marketing) atau sistem piramid. Namun, ia tidaklah seperti yang anda jumpa dan sangkakan seperti yang telah wujud bak cendawan selepas hujan di negara kita ini. Sistem MLM MXB berkonsepkan, 'Anda Buat, Anda Dapat'. Masih was-was?? Berapa jeniskah perniagaan MLM yang anda ketahui boleh memberi keuntungan berlipat ganda kepada Upline mereka sedangkan anda yang bekerja keras? Pernahkah anda mendapat penjelasan daripada sistem MLM yang lain yang meminta anda untuk berusaha menjual produk mereka dan bukan berusaha mencari orang untuk dijadikan downline anda?

Saya pernah berminat dengan satu program perniagaan MLM sebelum ini yang menjanjikan pulangan beratus ribu ringgit. Apabila diminta penerangan, ini adalah jawapannya:-

1-Modal permulaan- ada pelan serendah RM 300+(anggaran saya sebab dah lupa) tapi tidak disyorkan kerana hanya akan aktif untuk 2 MINGGU.

2-Mencadangkan saya membeli set yang berjumlah RM 5,000++ untuk pengaktifan sehingga 6 bulan serta pelan bonus yang lebih menarik dan lumayan berbanding modal RM 300+.

3-Mendapat stok produk mereka (jus M*****S)yang jauh lebih banyak dengan modal tersebut untuk kegunaan sendiri (?????)

4-Mendapat komisyen apabila berjaya mendapat downline yang telah ‘upgrade’ (????)

5-Apa yang saya perlu buat hanya cari kawan-kawan atau sesiapa sahaja untuk menyertai dengan mengiklan secara online, cerita pada kawan-kawan dan sesiapa sahaja tentang pelan komisyen yang ditawarkan apabila mereka berjaya mencari upgraded downline (?????)

Persoalan saya, untuk apa mereka menghasilkan produk jika hanya untuk kegunaan sendiri? Perlu bekerja keras untuk mencari orang bawahan atau downline?? Bukankah itu seperti bisnes buat duit melalui ‘pemerdagangan orang’? Ahli cuma akan dapat komisyen apabila ada orang yang mendaftar dan upgrade di bawah mereka. Kemudian, downline mereka pula yang berusaha mencari downline mereka untuk mendapatkan komisyen. Proses ini berulang dan Upline yang di atas hanya makan komisyen atau royalty apabila mereka telah punya banyak ‘kaki’ atau downline untuk menjalankan ‘promosi cari orang’ mereka.

Proses ini pun bukan untuk seumur hidup. Paling lama hanya 6 bulan. Tamat tempoh tersebut anda perlu daftar semula & mulakan semula proses yang sama. Tidakkah pelik? Walau tidak dinafikan memang ada & mungkin ramai jadi jutawan dengan program begini tapi apa kebaikannya kepada umum? Terdetik juga di hati, halalkah sistem ini??

Terdapat satu lagi produk MLM yang mana ahli boleh mempromosi dan jual produk jus M*****i mereka akan tetapi ahli diwajibkan membeli sejumlah set secara bulanan untuk mengekalkan keahlian. Walaupun jus tersebut diwar-warkan bagus, tetapi bolehkah anda jamin stok di tangan habis dalam tempoh sebulan untuk memperbaharui stok di bulan yang baru. Memang mungkin tidak mustahil. Tetapi bayangkan kerja keras yang perlu anda buat dan modal yang perlu anda belanjakan.

Jika anda rasa info saya salah atau saya cuba menjatuhkan syarikat lain, dipersilakan anda untuk mencari info-info tersebut sendiri dan cuba bandingkan dengan sistem MLM MXB di bawah.

PELAN PERNIAGAAN MXB

Pendaftaran Ahli

Percayakah anda modal permulaan hanya serendah *RM 665.00 sahaja? Dengan modal tersebut anda akan mendapat set barangan pilihan anda yang dijamin berkesan, tidak merbahaya dan unik (untuk maklumat produk sila KLIK SINI).

Dengan pembelian set pertama, anda secara automatik layak mendaftar sebagai ahli tanpa perlu membayar yuran keahlian. Dan, keahlian anda ini adalah untuk SEUMUR HIDUP !! Anda juga tidak akan diminta untuk mengulang beli sejumlah set secara bulanan atau apa sahaja untuk mengekalkan keahlian anda. Semuanya terpulang kepada anda bagaimana untuk menguruskan stok barangan anda mengikut kemampuan dan keperluan perniagaan anda sendiri. Cuma disyaratkan, pembelian ulangan bagi ahli mestilah dalam set yang ditetapkan tetapi jenis set boleh dipilih oleh ahli.

Produk yang boleh anda pilih bermodalkan RM 665.00 adalah salah satu dari set berikut:-

1-      4 pasang stokin kesihatan ajaib V-ken, atau
2-      6 helai V-ken wrislet/wristband, atau
3-      2 botol Reborn Cream, atau
4-      2 pasang stokin kesihatan ajaib V-ken dan 1 botol Reborn Cream, atau
5-      1 set I-charge (untuk kereta)

Namun, amat disarankan untuk dimulakan dengan set pertama kerana stokin kesihatan ajaib V-ken merupakan tunjang permulaan barangan kesihatan kami dan sesuai untuk semua orang dari semua peringkat umur, dari bayi hingga dewasa. Tetapi, jika anda merupakan seseorang yang selalu menggunakan kereta untuk perjalanan jauh, set I-charge amatlah digalakan. (Maklumat produk sila KLIK SINI).

Secara terperincinya, kami mempunyai 5 pelan perniagaan untuk dipilih sebagai permulaan iaitu:-

1-      Pembelian 1 set = RM 665.00, atau
2-      Pembelian 3 set = RM 1,995.00, atau
3-      Pembelian 5 set = RM 3,325.00, atau
4-      Pembelian 7 set = RM 4,655.00, atau
5-      Pembelian 20 set = RM 12,940.00 (percuma 1 set) – berstatus E-mobile @ mini stokis.

Setiap pelan boleh dikatakan mempunyai keuntungan lebih kurang sama cuma apabila anda memilih pelan kelima, anda telah membeli secara pukal atau borong. Apabila secara borong, sudah tentu anda akan mendapat harga lebih murah dan boleh mendapat untung yang lebih apabila berjaya menjual produk-produk tersebut.

Sebelum saya terangkan secara terperinci untuk setiap pelan, elok saya terangkan dahulu tentang bonus-bonus yang syarikat MXB tawarkan kepada ahli-ahli yang aktif.

Terdapat 3 bonus menarik disamping untung runcit yang ditawarkan. Bonus-bonus ialah:-

1-      Bonus tajaan/sponsor:
*USD 16 x **3.3 = RM 52.80/set

2-      Bonus pasangan/pairing
*USD 16 x **3.3 = RM 52.80/pasangan @ pair

3-      Bonus royalti (bergantung modal)
10% / 5 / 5 / 5 / 5 (Level 1- Level 5)

*Sistem MXB memberi komisyen dalam US dollar.
** Nilai penukaran ke RM buat masa ini adalah tetap sebagai 3.3 walaupun keadaan nilai matawang US dollar berubah-rubah.

PENTING !!

Apa yang menarik dan berbeza tentang bonus MXB ialah, anda boleh mendaftarkan nama anda sendiri sebagai downline anda. Ini bermakna anda tidak perlu bersusah payah mencari downline untuk dapat komisyen. Tambahan pula, pelan perniagaan adalah berunsurkan penjualan produk dan bukan mencari downline. Percayalah, dengan kualiti yang dijanjikan, downline anda akan datang dengan sendiri dan secara sukarela kerana mereka faham dan tidak sabar untuk berkongsi produk hebat ini bersama dengan orang lain. Disamping menjana pendapatan, kita juga dapat membantu ramai orang merawat serta menghindar pelbagai penyakit kronik. Di sinilah istiqamah kita sebagai tujuan membantu sahabat2 yang dalam kesusahan. Baik segi kesihatan mahupun kewangan.

Sekarang saya akan cuba terangkan bonus-bonus tersebut melalui aplikasi situasi sebenar. Di dalam situasi ini saya mengambil contoh ahli yang mendaftar dengan bermodalkan RM 665 atau 4 pasang stokin kesihatan ajaib V-ken.

Apabila Puan Ani mendaftar sebagai ahli, dia telah membayar RM 665 dan mendapat 4 pasang stokin ajaib V-ken. Harga runcit sepasang stokin adalah RM 190.00. Walaupun Pn Ani belum layak mendapat bonus, keuntungan hasil dari penjualan 4 pasang stokin tersebut ialah:-

1 set RM 665 = 4 pasang
Harga ahli utk sepasang = RM 665/4
Sepasang = RM 166.25
Harga runcit utk sepasang = RM 190.00
Untung sepasang = RM 190 – RM 166.25
                            = RM 23.75
Untung 1 set = RM 23.75 x 4 pasang
                     = RM 95.00

Apabila Puan Ani membeli set kedua, dia telah membeli 1 set stokin lagi dan kini dia layak mendapat bonus tajaan / sponsor. Tidak seperti MLM yang lain, downline bagi MXB boleh didaftarkan atas nama ahli sendiri. Contoh, Puan Ani membeli set kedua untuk penjualan sendiri maka namanya akan didaftarkan sekali lagi sebagai downline kepada dirinya sendiri. Keuntungan yang dia dapat ialah :-

Untung runcit utk 4 psg stoking = RM 95.00
Bonus tajaan / sponsor = RM 52.80
Jumlah keseluruhan = RM 95 + RM 52.80 
UNTUNG = RM 147.80
Apabila Pn Ani kehabisan stok dan membeli set ketiga, dia kini layak mendapat bonus tajaan dan bonus pasangan kerana telah berjaya membuat pasangan untuk set 2 dan set 3. Serta, mendapat untung runcit hasil penjualan stokin. Pn Ani mendapat:-
Untung runcit utk 4 psg stoking = RM 95.00
Bonus tajaan / sponsor = RM 52.80
Bonus pasangan / pairing = RM 52.80
Jumlah keseluruhan = RM 95 + RM 52.80 + RM 52.80
Total = RM 200.60
Oleh itu, dengan hanya menjual 3 set pertama, Pn Ani telah mendapat pulangan sebanyak :-
Set 1 = RM 95.00
Set 2 = RM 147.80
Set 3 = RM 200.60
Jumlah keseluruhan = RM 95 + 147.80 + 200.60
                                        = RM 443.40
Mungkin anda tertanya-tanya, di mana bonus royalti? Anda akan mendapat bonus royalty apabila anda sampai ke tahap ke tujuh downline. Seperti yang dinyatakan di atas, bonus royalty bermula dengan 10%. Ini bermakna, 10% x USD 16 (bonus pairing), bonus royalty cuma USD 1.60 x 3.3 = RM 5.28 sahaja. Sedikit bukan? Royalti sebenarnya merupakan ganjaran syarikat kepada titik peluh anda dan bukan sebagai galakan untuk anda mencari downline semata-mata. Namun, tidak dinafikan apabila ramai kawan-kawan anda yang berminat dan mendaftar sebagai ahli, royalti ini juga akan memberi anda pendapatan sampingan. Asal anda saling bekerjasama antara ahli group anda iaitu upline,anda dan downline anda, keuntungan ini akan lebih manis dan bermanfaat.

Pelan Manakah yang Terbaik untuk Anda ?
Perbezaan yang ketara antara pelan peniagaan ini sebenarnya hanyalah modal permulaan yang perlu anda keluarkan dan stok yang akan anda terima sahaja. Cuma, apabila anda memilih antara set 2 hingga set 5, anda akan mendapat pulangan dalam bentuk bonus dengan lebih cepat kerana downline-downline atas nama anda sendiri akan didaftarkan serta merta.
Contoh, anda mendaftar dengan pembelian 7 set  berjumlah RM 4,655.00. Apabila ketujuh-tujuh set ini di susun dan didaftarkan semula sebagai downline anda atas nama anda sendiri, anda akan mendapat kesemua bonus yang anda layak. Jadi, modal permulaan tidaklah sebenar-benarnya RM 4,655 tetapi anggaran sebanyak RM 4,200.00 sahaja.

Kelebihan E-Mobile atau Mini Stokis
Namun, untuk pembelian 20 set yang berstatus E-Mobile atau Mini Stokis, ceritanya agak berbeza sedikit. Walaupun anda membayar untuk 20 set, tetapi anda akan dibekalkan dengan 21 set produk kerana anda akan menerima 1 set produk percuma. Ini bermakna, untung serta-merta yang anda dapat adalah produk bernilai RM 665 dan terpulanglah kepada anda samada ingin menggunakannya untuk keluarga sendiri, memberi sebagai hadiah (yang secara tidak langsung boleh menjadi medium pemasaran apabila kebaikannya tersebar), atau menjualnya semula.
Selain itu, seperti yang diterangkan sebelum ini, anda akan mendapat bonus-bonus yang anda layak apabila 20 set itu tadi disusun sebagai downline di bawah nama anda. Jadi, anda akan dapat semula modal anda walaupun anda belum memulakan perniagaan anda. Anggaran modal sebenar selepas menolak bonus ialah dalam RM 9,000++ sahaja.
Kelebihan menjadi E-mobile ini juga ialah harga set apabila anda mengulang beli adalah lebih murah. Contohnya, jika ahli membayar RM 665 untuk 1 set stokin@4 pasang stokin, E-Mobile hanya perlu membayar RM 647 sahaja. Perbezaan sebanyak RM 18/ set. Kalau 10 set? Anda jimat RM 180.
E-Mobile juga diberi kelebihan untuk mendaftar downline sendiri. Berbeza dengan ahli biasa yang akan menunggu leader atau E-Mobile untuk mendaftarkan pembelian mereka.
Bagi pengetahuan anda, info saya ini hanyalah untuk memberi anda pengetahuan am tentang peluang yang anda boleh perolehi dengan menjadi ahli MXB. Banyak lagi info yang tidak dapat dinyatakan di sini.
 
Kaedah Mendaftar
Jika anda memerlukan maklumat lanjut & terperinci atau ingin terus mendaftar sebagai ahli, sila hubungi saya, bakal Upline anda yang berdedikasi, Syda di talian 017-3738343. Boleh juga emailkan sebarang soalan di stokinajaib@gmail.com atau postkan di Facebook Fanpage kami, www.facebook.com/stokinajaib. Anda akan diminta memberi maklumat  diri yang lengkap bersama pembayaran mengikut pelan set produk yang anda pilih dan anda akan mendapat produk serta-merta atau beberapa hari jika melalui pos. Kami akan memberi komitmen yang terbaik untuk anda berjaya, di dunia dan akhirat. Insya Allah..
 
Group YnY (Yong and Yop)

Suka saya memperkenalkan leader saya iaitu Puan Mazlina James atau lebih dikenali sebagai Yong, yang telah banyak berusaha membantu kami sebagai downline beliau. Beliau merupakan seorang yang bekerja keras memastikan setiap ahli bekerjasama demi kebaikan bersama di dalam perniagaan ini. Beliau yang bergerak bersama suaminya iaitu Encik Zul atau lebih dikenali sebagai abang Yop, merupakan leader yang sangat berdedikasi dan bukan mencari keuntungan melalui downline semata-mata.

Beliau juga merupakan seorang leader yang bertanggungjawab dan anda akan sentiasa mendapat bimbingan yang sewajarnya di saat-saat anda memerlukan, baik dari beliau mahupun Upline anda iaitu saya sendiri. Mungkin bidang ini baru untuk anda dan kami lah yang akan memimpin anda sehingga berjaya.

Apabila anda mendaftar menjadi ahli MXB di bawah group YnY, Yong dan saya akan membantu anda membuka pasaran di kawasan anda dengan mengadakan demonstrasi barangan MXB. Kami mempunyai strategi & teknik rahsia bagi membuka mata orang ramai tentang keberkesanan produk-produk MXB ini. Rata-rata yang sudah melihatnya sendiri, pasti tidak sabar-sabar ingin memiliki produk hebat ini.

Oleh itu, jika benar anda ingin menjadi ahli MXB yang berjaya, jangan berlengah lagi! Segera lah mendaftar dan jadilah yanag terawal menjadi sebahagian ahli MXB di bawah Group YnY.

Semoga dengan info ini akan membuka mata dan hati anda untuk sama-sama menyertai kami dalam memperbaharui nilai hidup anda. Jadilah ahli MXB hari ini juga.

Salam dan terima kasih.